Menu
Your Cart

Syarat Langganan

Langganan Perkhidmatan Nasi Ekonomi Delivery.

 

1. Minimum pesanan ialah RM20 seminggu atau RM80 sebulan.

2. Sila hantar pesanan sekurang-kurangnya 2 hari lebih awal.

3. Sila gunakan borang pesanan, tandakan ‘’ pada menu pilihan dan hantar melalui WhatsApp kepada +6019-820 4921 (Cik Cassey).

4. Butiran berikut diperlukan semasa pesanan dibuat: Nama, no. telefon, alamat penghantaran, alahan makanan (sekiranya ada) dan maklumat lain yang berkaitan.

5. Penghantaran percuma dalam kawasan Alamesra dan penghantaran akan dibuat berdasarkan masa yang telah dipilih.

6. Penghantaran tidak termasuk set kutleri.

7. Sekiranya anda ingin menamatkan langganan perkhidmatan, anda dikehendaki untuk melengkapkan pesanan semasa terlebih dahulu dan maklumkan penamatan langganan melalui WhatsApp kepada +60198204921.

 

Pembayaran

 

1. Pembayaran pertama boleh dibuat secara tunai semasa penghantaran (COD). Pembayaran seterusnya  perlu dilangsaikan sebelum pesanan terakhir dibuat untuk minggu atau bulan yang dilanggan.

2. Pembayaran boleh dibuat secara tunai, Boost atau online transfer ke:

                            Bank : Maybank Berhad

No. Akaun : 5602 3213 3872

Nama Akaun : Mari JImat Enterprise

 

3. Resit akan diberi setelah pembayaran diterima. Resit akan dihantar melalui WhatsApp atau salinan cetakan semasa penghantaran pertama untuk minggu atau bulan yang dilanggan.